Kes saman fitnah Neelofa terhadap Oh My Media dan Rotikaya selesai - Utusan Malaysia

Kes saman fitnah Neelofa terhadap Oh My Media dan Rotikaya selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah difailkan pengacara dan pelakon popular, Neelofa terhadap dua syarikat pengendali portal Oh My Media dan Rotikaya akhirnya diselesaikan secara baik melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. 

Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mengemukakan saman secara berasingan terhadap OMM Media Sdn. Bhd. dan Rotikaya Media Sdn. Bhd. atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk dan Anugerah Ikon Wanita yang diterima pelakon berkenaan.

Peguam Aiman Ariff Abdul Azij, yang mewakili OMM Sdn. Bhd. ketika ditemui pemberita berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman berkenaan berdasarkan terma-terma yang dipersetujui.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, peguam itu tidak mendedahkan terma-terma penyelesaian kes saman berkenaan. 

Katanya, penghakiman persetujuan kes saman itu akan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon Siew Chye. Namun, tiada tarikh ditetapkan oleh mahkamah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini