Pengorbanan wira tidak didendang - Utusan Malaysia

Pengorbanan wira tidak didendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 24 Okt. – Tiada yang lebih melegakan bagi pasukan mencari dan menyelamat dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau di sini, selain berjaya menemukan kesemua mangsa bencana tersebut.

Riak wajah lega itu jelas terpancar pada wajah mereka sebaik sahaja operasi tersebut ditamatkan kira-kira pukul 5.50 petang semalam.

Apa yang lebih membanggakan, mereka bukan sahaja bertungkus-lumus mencari mangsa tertimbus selama lima hari berturut-turut tanpa mengira siang atau malam.

Memuatkan artikel berkaitan…
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bergambar kenangan setelah operasi
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bergambar kenangan setelah operasi mencari mangsa tertimbus berjaya ditamatkan setelah mendapati tiada lagi mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di projek pembinaan Lebuhraya Berkembar di Bukit Kukus Paya Terubong semalam. Kejadian tanah runtuh yang berlaku Jumaat lepas meragut sembilan warga asing dan empat cedera. – UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA

Malah, mereka juga memperjudikan nyawa sendiri bekerja di tapak bencana yang berisiko tinggi terutama dengan kemungkinan berlakunya tanah runtuh susulan ekoran keadaan cuaca tidak menentu termasuk hujan lebat ketika operasi.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menyimpan semula peralatan menggali
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menyimpan semula peralatan menggali setelah operasi mencari mangsa tertimbus berjaya ditamatkan setelah mendapati tiada lagi mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di projek pembinaan Lebuhraya Berkembar di Bukit Kukus Paya Terubong semalam. Kejadian tanah runtuh yang berlaku Jumaat lepas meragut sembilan warga asing dan empat cedera. – UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA

Dengan berakhirnya operasi mencari semalam, sembilan mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan tanah yang berlaku di tapak projek pembinaan jalan raya berkembar Bukit Kukus itu pada pukul 2 petang Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini