Hasil Kelantan cukup bayar gaji - Utusan Malaysia

Hasil Kelantan cukup bayar gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 24 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan menegaskan pembayaran gaji penjawat awam di negeri ini mencukupi dengan perolehan hasil negeri sebanyak RM300 juta setahun.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pendapatan itu diperoleh melalui sumber daripada hasil tanah, hutan, mineral dan kayu-kayan di negeri ini.

Beliau berkata, tidak timbul isu pembayaran emolumen dan gaji kerana apa yang dipohon kepada kerajaan Pusat adalah ‘Pendahuluan Boleh Dituntut’ bagi menampung keperluan aliran tunai di negeri yang memerlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang kita mohon itu adalah ditakuti seandainya pada bulan 12 tidak dapat mencapai bajet daripada segi pendapatan kerajaan negeri sebabnya dalam bajet tahunan tidak semestinya dapat mencapai 100 peratus.

“Jadi, pinjaman yang dilakukan itu sebagai ‘persediaan’ untuk urusan dalam perkara pemberian yang mengandungi lima perkara termasuk kebajikan negeri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Pas Kelantan kali ke-21 di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini tampil mengemukakan bukti dokumen bagi mengesahkan Kerajaan Pas Kelantan memohon bantuan pinjaman pendahuluan untuk membayar gaji kakitangan awam.

Menurut Guan Eng, daripada bantuan pinjaman pendahuluan itu, kerajaan negeri Kelantan memohon RM24.5 juta untuk pembayaran gaji kakitangan termasuk sambilan pada tahun ini.

Mengulas lanjut, Ahmad menjelaskan, permohonan pendahuluan yang dilakukan itu mempunyai sandaran dan asasnya kerana Kerajaan Pusat juga masih berhutang dengan kerajaan negeri.

Katanya, perkara itu melibatkan beberapa pembayaran premium dan cukai sebanyak RM275 juta.

“Jumlah itu melibatkan premium Institut Pendidikan Guru, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan baki cukai tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini