Gerai laksa kebok dibenar beroperasi semula jika patuhi arahan - Utusan Malaysia

Gerai laksa kebok dibenar beroperasi semula jika patuhi arahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan melakukan pemeriksaan semula ke atas premis memproses laksa kebok di Kupang, Baling dekat sini bagi memastikan pengusaha gerai mematuhi semua teguran yang dibuat termasuk berkaitan proses penyediaan makanan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, pemeriksaan tersebut akan dilakukan oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Baling dalam masa terdekat.

“Sekiranya pihak pejabat kesihatan daerah berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pengusaha, maka pengusaha akan dibenarkan untuk beroperasi semula,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan operasi penguatkuasaan berhubung penjualan minuman beralkohol di sebuah kedai ubat di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya bersama pejabat kesihatan daerah terbabit akan melengkapkan kertas siasatan kes mengikut prosedur ditetapkan.

Pada Ahad lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan agen penyebab keracunan makanan laksa itu berpunca daripada bakteria ‘salmonella enterica serovar weltevreden’. 

Sebanyak 83 kes keracunan makanan dengan dua kematian dilaporkan berlaku di Kedah, Perak dan Selangor.- K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini