PAC mungkin panggil semula Najib jika perlu - Utusan Malaysia

PAC mungkin panggil semula Najib jika perlu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt.- Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi keterangan berhubung siasatan ke atas isu kehilangan wang tuntutan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, PAC akan melihat semula sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian.

Berhubung prosiding yang berlangsung lebih sejam hari ini, Ronald berkata, bekas Menteri Kewangan itu telah memberikan keterangan dan kerjasama yang baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak dapat mendedahkan secara lanjut mengenai prosiding itu namun Najib telah memberi penjelasan mengenai aliran perjalanan kewangan, bayaran balik GST serta soalan-soalan ditanya berpandukan kepada terma rujukan dibuat oleh PAC,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik mesyuarat PAC di bangunan Parlimen, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini