Irfan Bakti terus bimbing TFC I musim 2019 - Utusan Malaysia

Irfan Bakti terus bimbing TFC I musim 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Skuad Terengganu Football Club I (TFC I) mendapat tonik tambahan menjelang aksi final  Piala Malaysia lusa selepas Irfan Bakti Abu Salim sah kekal mengendali pasukan itu pada musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, badan bola sepak negeri tersebut dan Irfan Bakti telah mementerai persetujuan untuk membentuk skuad TFC I yang lebih mantap pada musim 2019.

“PBSNT berpuas hati dengan prestasi memberangsangkan TFC I musim ini yang mara ke final Piala Malaysia pada Sabtu ini selain suku akhir Piala FA dan tempat kelima Liga Super.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Magis Irfan Bakti terus ditagih untuk melakar kecemerlangan yang lebih besar buat TFC I pada musim depan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat PBSNT di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini