Guan Eng kemukakan bukti dokumen Kelantan mohon pinjaman pendahuluan - Utusan Malaysia

Guan Eng kemukakan bukti dokumen Kelantan mohon pinjaman pendahuluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tampil mengemukakan bukti dokumen bagi mengesahkan kerajaan negeri Kelantan memohon bantuan pinjaman pendahuluan untuk membayar gaji kakitangan awam.

Menurut Guan Eng, daripada bantuan pinjaman pendahuluan itu, kerajaan negeri Kelantan memohon RM24.5 juta untuk pembayaran gaji kakitangan termasuk sambilan pada tahun ini.

Walau bgaimanapun, Guan Eng berkata, Kementerian Kewangan hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM22.5 juta bagi membolehkan kakitangan kerajaan negeri Kelantan menerima bayaran gaji.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tertarik dengan beberapa kenyataan daripada barisan kepemimpinan Pas. Bila saya sebut pasal angka dan fakta, sampai hati mereka menuduh saya anti-Melayu dan anti-Islam. Saya tidak faham mengapa timbul pula isu agama dan kaum.

“Biasanya dakwaan seperti ini dibangkitkan oleh pihak yang tidak tahu menguruskan ekonomi dan hanya gunakan sentimen perkauman untuk tutup kelemahan mereka. Justeru, saya berharap kepemimpinan Pas Kelantan boleh kembali ke pangkal jalan dan berikan tumpuan kepada fakta serta angka,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataan menjelaskan, pada tahun 2016, Kelantan telah menerima RM398 juta secara keseluruhan, sebagai pemberian daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang diterima negeri-negeri lain di Malaysia.

Turut termasuk dalam pemberian RM398 juta itu adalah pemberian defisit sebanyak RM59.9 juta kerana hasil kerajaan negeri Kelantan tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaannya, termasuk gaji dan emolumen.

Selain itu, kerajaan Persekutuan juga telah meminjamkan RM100 juta dana tambahan sebagai pinjaman pendahuluan untuk menampung perbelanjaan kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini