Piala Dunia Qatar bakal jadi penganjuran terbaik - Utusan Malaysia

Piala Dunia Qatar bakal jadi penganjuran terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA 24 Okt. – Presiden FIFA, Gianni Infantino memuji perkembangan terkini pembinaan infrastruktur di Qatar menjelang Piala Dunia 2022 dan berkata, pertandingan itu dijangka menjadi penganjuran terbaik sewaktu kunjungannya ke negara tuan rumah tersebut, semalam.

Qatar, sebuah negara kecil bersuhu tinggi dan infrastruktur stadium yang tidak mencukupi mendorong beberapa pihak mempersoalkan keputusan FIFA menjadikan mereka sebagai tuan rumah, tetapi negara padang pasir itu telah melancarkan projek pembinaan yang besar serta berjanji untuk melengkapkan tujuh stadium baharu menjelang 2020.

“Anda dapat lihat kemajuan yang telah dilakukan empat tahun sebelum sepak mula. Stadium sangat mengagumkan. Apabila anda masuk ke sini, dengan segera anda dapat berasakan betapa hebat kemudahan yang mereka bina.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Piala Dunia di Rusia telah menjadi penganjuran terbaik setakat ini, tetapi Piala Dunia 2022 di Qatar, saya yakin akan dianjurkan lebih bagus,” kata Infantino menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa penganjur Piala Dunia di Qatar selepas melawat Stadium Al Wakrah yang memiliki kapasiti 40,000 tempat duduk.

Logistik pertandingan Piala Dunia 2022 pernah berdepan masalah, tahun lalu apabila Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik, pengangkutan serta perdagangan dengan Qatar, apabila menuduh negara itu membiayai pengganas, satu dakwaan yang dinafikan Qatar.

Bagaimanapun, Qatar berkata, pihaknya akan tetap meneruskan rancangan infrastruktur untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia, dengan strategi utama Doha membuat promosi di peringkat global dan sejak merasmikan pelabuhan bernilai AS$7.4 billion (RM30 billion), negara itu menjangkakan pembukaan metro pertama pada penghujung tahun ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini