PDRM sambut baik kesediaan Hishamuddin bantu cari Jho Low - Utusan Malaysia

PDRM sambut baik kesediaan Hishamuddin bantu cari Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR -Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan memanggil Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bagi mengambil sebarang keterangan berkenaan kesediannya untuk mencari ahli perniagaan kontroversi , Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya mengalu-alukan bekas Pertahanan Menteri itu jika boleh membantu proses pencarian Jho Low.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut berkenaan sebab dia(Hishamuddin) membuat kenyataan sebegitu, tetapi jika dia boleh bantu, kami terima.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia mungkin berdasarkan sumber yang diyakini boleh membantunya dan kita juga sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencari Jho Low,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Mohamad Fuzi menambah, PDRM sudah mengambil prosedur yang diperlukan untuk mengesannya.

“Saya juga sudah bersemuka dengan Interpol serta meminta bantuan pihak berkuasa negara terlibat bagi membantu proses pencarian tersebut.

“Sehingga masa kini tiada sebarang petunjuk baharu tentang lokasi sebenarnya,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan  Hishammuddin secara peribadi sedia membantu mengesan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low bagi menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau akan menggunakan hubungan baiknya dengan pemimpin China untuk membawa pulang Jho Low yang berkemungkinan berada di negara republik itu untuk berdepan muka pengadilan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini