45 penagih dadah, gelandangan dicekup - Utusan Malaysia

45 penagih dadah, gelandangan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seramai 45 individu disyaki penagih dadah dan gelandangan ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan di sekitar Butterworth di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, pihaknya menahan 44 lelaki dan seorang wanita dalam operasi selama 10 jam yang berakhir pukul 5 petang itu.

Menurutnya, operasi berkenaan dibuat bagi mencegah kegiatan jenayah terutamanya kes kecurian motosikal selain penagihan dadah dan gelandangan yang terlibat jenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Noorzainy berkata, operasi itu turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini