Real raih kemenangan tipis ke atas Viktoria Plzen - Utusan Malaysia

Real raih kemenangan tipis ke atas Viktoria Plzen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 24 Okt. – Kemenangan ini mungkin tidak cukup menyelamatkan Julen Lopetegui, tetapi kejayaan Real Madrid menewaskan Viktoria Plzen 2-1 pada Liga Juara-Juara, hari ini, sekurang-kurangnya menghentikan nasib malang daripada terus menimpa mereka dan memulihkan kembali keyakinan diri yang kian lenyap.

Barcelona menanti mereka di Camp Nou dalam aksi berikut, walaupun tanpa kelibat Lionel Messi yang tercedera, Real tidak mungkin menerima layanan istimewa seperti mana yang dipamerkan Plzen di Santiago Bernabeu.

Namun, selepas lima perlawanan tanpa kemenangan, serta tiga kekalahan berturut-turut, kemenangan amat penting untuk Real, dan Los Blancos berjaya meledakkan gol dalam kedua-dua babak permainan menerusi jaringan Karim Benzema dan Marcelo.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pasukan pelawat masih mampu mencuri satu gol hasil jaringan, Patrik Hrosovsky ketika permainan berbaki 12 minit untuk tamat.

“Saya kalau boleh mahu mencatat kemenangan lebih selesa, tetapi apa yang paling penting ialah mengutip tiga mata penuh. Kemenangan ini boleh dijadikan sebagai satu titik perubahan,” kata Lopetegui.

Real masih mengekalkan kedudukan teratas dalam Kumpulan G, tetapi juara bertahan itu berkongsi kedudukan dengan Roma yang turut mengumpul enam mata. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini