City menang selesa ke atas Shakhtar - Utusan Malaysia

City menang selesa ke atas Shakhtar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARKIV, Ukraine 24 Okt – Manchester City akhirnya menemui sentuhan magis dalam aksi Liga Juara-Juara selepas David Silva dan Bernardo Silva membantu The Citizen melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Shakhtar Donetsk di Kharkiv, hari ini, dengan pengurus, Pep Guardiola memuji persembahan cemerlang anak-anak buahnya.

Anak–anak buah Guardiola meneruskan rentak kemenangan di pentas Eropah selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada Lyon, dan mendahului kelab Perancis itu menerusi kelebihan satu mata di kedudukan teratas Kumpulan F setelah mereka sekadar seri 3-3 di Hoffenheim.

“Di Eropah, kemenangan 3-0 satu pencapaian cemerlang. Kami berjaya mencipta begitu banyak peluang. Keputusan ini mengagumkan,” kata pengurus berasal dari Sepanyol itu kepada BT Sport.

Memuatkan artikel berkaitan…

Juara Liga Perdana Inggeris tersebut berpotensi cerah untuk mengesahkan slot ke peringkat 16 terbaik jika mereka menewaskan Shakhtar dalam perlawanan timbal balik di Etihad, dua minggu lagi. City berharap dapat merangkul trofi sulung Liga Juara-Juara, musim ini.

“Jika kami mampu meraih kemenangan dalam perlawanan berikut, Shakhtar akan tersingkir. Selepas kami ditimpa kekalahan di Lyon, kami cukup tertekan. Saya sangat berpuas hati dengan persembahan kami.

“Kami telah bersama untuk tiga musim dan kami semakin mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Ia normal, setelah tiga tahun bersama, anda akan beraksi lebih baik berbanding tahun pertama,” tambah Guardiola.

David Silva meletakkan City di depan pada minit ke-30, sebelum Aymeric Laporte menggandakan kedudukan lima minit berselang dan Bernardo Silva meledakkan gol hanya dua minit sebaik di bawa masuk dari bangku simpanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini