Pacquiao guna kepakaran Al Haymon urus karier - Utusan Malaysia

Pacquiao guna kepakaran Al Haymon urus karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FILIPINA – Pemegang gelaran juara dunia lapan kategori, Manny Pacquiao meng­umumkan bahawa beliau telah menandatangani perjanjian eksklusif de­ngan pengurus dan penasihat baharu, Al Haymon.

Ikon berusia 39 tahun tersebut yang melalui pengalaman karier yang cukup luar biasa itu bakal menggunakan kepakaran Haymon untuk menguruskan beberapa pertarungan tinju melibatkannya selepas ini.

Pacquiao tampil mempertahankan gelaran yang dimenanginya ketika menentang petinju Argentina, Lucas Matthysse pada siri kejohanan Premier Boxing Champions (PBC), Julai lalu di Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, dia akan kembali ke gelanggang pada awal tahun 2019 apabila dijadualkan menentang bekas juara empat kategori, Adrien Broner.

“Saya tidak sabar untuk memulakan lembaran baharu dalam karier saya. Ini merupakan permulaan yang segar buat saya dan bersedia untuk melahirkan lebih ramai petinju di bawah payung MP promotion.

“Pasukan saya akan menjalinkan kerjasama bersama Al Haymon sepanjang baki karier saya ini. Pertarungan tinju terhebat selepas ini akan melibatkan petinju terhebat PBC.

“Pertarungan ini merupakan pertarungan yang dinanti-nantikan oleh peminat dan merupakan seperti yang saya inginkan sebelum menutup karier saya,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini