Didakwa tipu gelaran DIMP - Utusan Malaysia

Didakwa tipu gelaran DIMP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menipu dan memalsukan watikah pengurniaan Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada seorang lelaki Ogos lalu.

Tertuduh, Wan Yoon Ann, 34, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rini ­Triany Muhamad Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu Tan Wai Khan, 40, dengan memperdayakan untuk mempercayai bahawa watikah pergurniaan DIMP itu adalah tulen sehingga mendorong mangsa menye­rahkan wang berjumlah RM5,000. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, kira-kira pukul 9.30 malam pada 18 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda serta sebatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini