Banjir: 57 dipindahkan di Balik Pulau, waspada tanah runtuh - Utusan Malaysia

Banjir: 57 dipindahkan di Balik Pulau, waspada tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Okt. – Seramai 56 mangsa membabitkan 15 keluarga di Kampung Titi Teras, Balik Pulau di sini, dipindahkan akibat banjir yang melanda kawasan itu malam ini.

Difahamkan kesemua mangsa kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Titi Teras selepas kediaman mereka dinaiki air sedalam hampir satu meter.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri menasihatkan orang awam yang melalui Jalan Bayan Lepas ke Balik Pulau supaya berhati-hati kerana berlaku kejadian tanah runtuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laluan yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh dianggarkan sepanjang 80 meter. Kejadian berlaku kira -kira pukul 5.45 petang tadi,” katanya di sini.

Menurutnya, pengguna diminta menggunakan Jalan Tun Sardon sebagai laluan alternatif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini