Tanah runtuh: Operasi tamat, 9 disahkan maut - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Operasi tamat, 9 disahkan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Okt. – Selepas masuk hari kelima pencarian, operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau di sini, akhirnya dihentikan kira-kira pukul 5.35 petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar berkata, langkah itu diambil selepas unit anjing pengesan polis (K9) mengesahkan tiada sebarang tanda mangsa yang belum ditemukan.

“Pencarian ini dibuat mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan dan kita berterima kasih kepada semua pihak yang turut serta menjayakan operasi ini,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Secara keseluruhan, tragedi tanah runtuh yang berlaku Jumaat lalu itu meragut sembilan nyawa dan mencederakan empat yang lain.

Kesemua mangsa terdiri daripada warga asing dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar yang kebanyakannya bekerja di kawasan tapak pembinaan projek jalan raya berkembar di situ.

Dalam pada itu, Saadon mengakui pasukan pencari dan penyelamat berdepan kesukaran pada penghujung misi berkenaan terutama bagi memastikan keselamatan setiap anggota yang terlibat terjamin.

Bagaimanapun, katanya, operasi tersebut tetap berjaya tanpa sebarang insiden tidak diingini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini