Dua anggota polis maut kenderaan terbabas di LPT - Utusan Malaysia

Dua anggota polis maut kenderaan terbabas di LPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN – Dua anggota polis Ibu Pejabat Kontinjen Pahang maut selepas kereta peronda yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 183.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa Sarjan Mejar Roslan Maon, 50 dan Konstable Watson Anak Edin, 23, disahkan maut ditempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, kedua-dua mangsa, sedang dalam tugas pemantauan eskot Kertas Peperiksaan SPM 2018 (Ops QUPI) yang dalam perjalanan dari Bentong ke Kuantan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian berlaku dipercayai akibat jalan licin kerana hujan lebat yang menyebabkan kenderaan peronda jenis Proton Waja yang dinaiki kedua-dua mangsa terbabas selepas melepasi kawasan selekoh lalu melanggar dan terperosot di bawah besi penghadang jalan di tepi lebuh raya. 

” Kemalangan itu menyebabkan pemandu, Roslan, tercampak keluar dari kenderaam manakala, Watson tersepit sebelum keduanya disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Tambahnya, Watson telah dikeluarkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Maran. 

Jelasnya, kedua-dua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Jengka di sini untuk bedah siasat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini