Jalan Kuala Lumpur-Ipoh sesak 3 kilometer besi konkrit jatuh, halang dua laluan - Utusan Malaysia

Jalan Kuala Lumpur-Ipoh sesak 3 kilometer besi konkrit jatuh, halang dua laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Kemalangan yang melibatkan sebuah treler pengangkut besi konkrit dan sebuah kereta menyebabkan kesesakan jalan raya sejauh kira-kira tiga kilometer di Kilometer 19, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan kira-kira pukul 11.15 pagi itu berlaku apabila sebuah treler yang dipandu di lorong tengah menghala ke Kuala Lumpur berlanggar dengan sebuah kereta jenis Honda Jazz yang keluar dari susur kiri sebuah stesen minyak di situ.

lori
Keadaan kereta yang terkena muatan konkrit yang terjatuh daripada treler tersebut.

“Akibat perlanggaran tersebut, treler itu brek secara mengejut dan menyebabkan muatan besi konkrit yang dibawanya jatuh dan terkena kereta di laluan kiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan namun muatan yang terjatuh itu telah menutupi dua laluan dan sehingga masa kini hanya satu laluan sahaja yang boleh digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman menambah, sehingga masa kini, kerja-kerja pengalihan besi konkrit masih dijalankan oleh syarikat pemandu treler tersebut.

“Anggota trafik juga ditugaskan di lokasi kejadian bagi memastikan pergerakan kenderaan terkawal.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) bagi mengelakkan tersekat dalam kesesakan di situ,” ujarnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini