Perbelanjaan industri penjagaan kesihatan Malaysia cecah RM80 bilion pada 2020 - Utusan Malaysia

Perbelanjaan industri penjagaan kesihatan Malaysia cecah RM80 bilion pada 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan industri penjagaan kesihatan Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion menjelang  2020, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, perbelanjaan industri yang mencatatkan RM52 bilion pada 2017, meningkat didorong oleh permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kemunculan model-model penjagaan baharu melangkaui tetapan hospital tradisional.

“Contohnya, sensor tanpa wayar digunakan untuk merekod dan menghantar vital pesakit dengan lebih kerap berbanding lawatan katil yang boleh dilakukan oleh staf.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isyarat-isyarat ini boleh memberikan amaran masa sebenar, justeru penyedia penjagaan dapat memberikan respons lebih pantas sekiranya berlaku perubahan tidak dijangka,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat tahunan pihak pengharmonian kerja Asia ke-23 dan Ekspo Peranti Perubatan Malaysia (MYMEDEX) 2018 di sini hari ini.

MYMEDEX 2018 selama tiga hari sehingga Khamis  menampilkan 100 gerai yang mengetengahkan teknologi inovasi terkini serta peranti perubatan global termaju. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini