Jangka 30,000 tiket habis dalam sehari - Utusan Malaysia

Jangka 30,000 tiket habis dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 23 Okt. – Bagi mengelak para penyokong dari seluruh pelosok negeri menghabiskan masa untuk datang ke bandar raya ini dan berebut-rebut untuk mendapatkan tiket  perlawanan akhir Piala Malaysia, sebahagian daripada 30,00 tiket akan diagihkan ke setiap daerah.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, penjualan akan dilakukan serentak di tujuh daerah selain di sini, Khamis ini.

“Keputusan ini dibuat selepas PBSNT mengambil cakna permintaan penyokong-penyokong TFC I yang menetap di luar daerah ini bagi memudahkan proses pembelian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiket-tiket final berharga RM50 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak akan dijual menerusi persatuan bola sepak daerah (PBSD) masing-masing. Kita menyerahkan kepada PBSD terbabit tentang cara dan lokasi penjualannya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PBSNT di sini hari ini.

Hishamuddin berkata, PBSNT juga bersetuju untuk mengagihkan kira-kira 10,000 daripada 30,000  tiket final Piala Malaysia yang diperuntukkan bagi negeri ini kepada kelab-kelab penyokong.

Tambah beliau, ia bertujuan sebagai menghargai sokongan padu yang telah diberikan ahli kelab-kelab penyokong terbabit sejak awal musim Liga Malaysia ini.

“Di Kuala Terengganu, tiket boleh didapati di kaunter C, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

“Jika masih berbaki, kaunter tiket stadium berkenaan akan dibuka semula pada keesokan harinya. Begitupun, saya yakin akan habis dijual dalam masa sehari sahaja,”ujarnya.

Kejayaan TFC I yang dibimbing ketua jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim mara ke final Piala Malaysia dalam tempoh tujuh tahun telah mencetus keghairahan baharu dalam sukan bola sepak negeri.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini