Tidak menolak kemungkinan projek monorel Putrajaya diteruskan - Utusan Malaysia

Tidak menolak kemungkinan projek monorel Putrajaya diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Okt.- Projek pembinaan monorel Putrajaya yang tertangguh sejak 14 tahun lalu berkemungkinan akan diteruskan seperti mana dirancang pada sebelum ini.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, satu kajian sedang dilakukan untuk melihat kewajaran pelaksanaan projek itu yang merangkumi daripada segi kos dan kepadatan jumlah penduduk.

“Kita amat positif dalam soal ini memandangkan ada perancangan untuk melengkapkan sistem jajaran pengangkutan di Putrajaya termasuklah menerusi projek monorel ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun justeru itu, kajian sedang dilakukan dan bakal dibentangkan kepada kerajaan dalam masa terdekat bagi melaksanakan semula pembinaan projek pengangkutan awam ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2018 di sini hari ini.

Aminuddin menambah, kebanyakkan orang ramai termasuk lebih 90,000 penduduk Putrajaya selesa dengan kemudahan pengangkutan sedia ada.

Namun katanya, jika diperkenalkan satu lagi pengangkutan awam, pihaknya perlu memastikannya benar-benar memberi faedah kepada warga Putrajaya.

“Ini adalah pelaburan yang besar untuk kita laksanakan, maka ia haruslah memberi manfaat.

“Sekiranya dilaksanakan, ia menghubungkan seluruh presint dan beberapa lokasi tumpuan seperti pusat membeli belah Alamanda, bangunan kerajaan yang utama serta Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),” katanya.

Projek monorel diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjawat Perdana Menteri ketika itu, namun ditangguhkan oleh penganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.

Infrastruktur monorel termasuk laluan terowong bawah tanah dan jambatan gantung dikatakan hampir siap sepenuhnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini