Polis bersedia hadapi rusuhan - Utusan Malaysia

Polis bersedia hadapi rusuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 23 Okt. – Polis telah bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk berlaku rusuhan di negeri ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi tentang pelantikan Ketua Menteri Sabah yang sah pada 25 Oktober ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, maklumat risikan mendapati penyokong bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal merancang untuk berkumpul, justeru pihak berkuasa itu akan berwaspada.

Katanya, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut diaktifkan bagi melakukan kawalan di pekarangan mahkamah dan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mendapat maklumat bahawa akan ada kumpulan tertentu mengadakan perarakan susulan keputusan prosiding mahkamah melibatkan kesahihan jawatan Ketua Menteri yang akan diputuskan di mahkamah pada 25 Oktober ini.

“Kita tidak mempunyai maklumat mengenai anggaran penyokong terlibat bagaimanapun kami menjangka ramai yang akan berkumpul menyatakan perasaan selepas prosiding mahkamah itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir di majlis perjumpaan dan amanat sempena lawatan rasmi Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini