Ahmad Zahid ingatkan ahli UMNO supaya jangan gentar - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid ingatkan ahli UMNO supaya jangan gentar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli-ahli parti supaya tidak mudah gentar dengan pelbagai ugutan yang bertujuan untuk membubarkan parti itu.

Beliau berkata, biarpun pemimpin-pemimpin UMNO disiasat dan diheret ke mahkamah, UMNO tidak akan terbubar hanya disebabkan perkara berkenaan.

Malah, beliau menggesa setiap ahli untuk segera bangkit menentang ugutan dan usaha-usaha yang dilihat cuba untuk menjatuhkan parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ahli-ahli UMNO tidak perlu gentar dengan ugutan untuk membubarkannya. Semangat ahli-ahlinya tetap utuh. Biarpun pemimpin-pemimpinnya disiasat dan diheret ke mahkamah, UMNO tidak akan terbubar dari dalam. Biarkan usaha pembubaran dilakukan pihak berkuasa, UMNO akan tetap bangkit semula. Bangkitlah !!!,” kata Ahmad Zahid dalam status Twitter milknya hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini