Parlimen: Rumusan prosiding bayaran balik GST sebelum sesi Parlimen berakhir - Utusan Malaysia

Parlimen: Rumusan prosiding bayaran balik GST sebelum sesi Parlimen berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berharap dapat membuat rumusan susulan prosidingnya mengenai tuntutan tunggakan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion sebelum sesi Parlimen berakhir Disember ini.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, ketika ini jawatankuasa itu masih perlu memanggil beberapa saksi sebelum membuat rumusannya yang kemudian akan dibentangkan ke Parlimen.

“(Soal) bayaran balik GST kita harap dapat selesaikan sebelum akhir sidang Parlimen ini dan selepas saksi terakhir dipanggil, kita akan buat rumusan dan kemukakan ke Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas prosiding PAC yang memanggil bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah memberi keterangan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, Mohd. Irwan telah dipanggil dua kali dan memberi cukup maklumat mengenai isu berkenaan kepada PAC.

Menurutnya, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam dan bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, masing-masing dipanggil berbuat demikian hari ini dan esok. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini