Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman perlu ditubuhkan - Utusan Malaysia

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman perlu ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Sebuah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) perlu diwujudkan bagi memastikan sektor tersebut bebas daripada kepentingan politik dan campur tangan pihak eksekutif.

Presiden Majlis Peguam, George Varughese berkata, penubuhan JAC haruslah berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan diberi tanggungjawab untuk membuat cadangan terus kepada Yang di-Pertuan Agong tanpa perlu melalui badan eksekutif.

Katanya, komposisi suruhanjaya tersebut juga bukan sahaja mengandungi wakil daripada badan kehakiman, tetapi juga semua pihak lain termasuk Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam, Sarawak Advocates Association, Sabah Law Society, pakar akademik dan masyarakat sivil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Badan kehakiman mesti bebas daripada kepentingan politik dan campur tangan eksekutif supaya individu yang dipilih dapat menjalankan peranannya dengan berkesan dalam satu sistem perasingan kuasa yang mementingkan semak dan imbang bagi menghalang penyalahgunaan kuasa.

“Suruhanjaya tersebut juga perlu diberi ruang untuk membuat keputusan muktamad mengenai pelantikan dalam sektor kehakiman. Syor keputusan itu kemudiannya akan diserahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Majlis Raja-raja untuk diteliti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini