Pemilik gimnasium, pembantu cedera ditembak - Utusan Malaysia

Pemilik gimnasium, pembantu cedera ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 23 Okt.- Seorang pemilik sebuah gimnasium parah ditembak tujuh das dalam satu cubaan bunuh di Jalan Kota Kemuning di sini pagi ini.

Mangsa, 45, ditembak menggunakan pistol semi-auto ketika sedang memandu kereta jenis Audi Q7 bersama pembantunya.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, turut parah terkena tembakan adalah pembantunya yang berusia 43 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pada awalnya pihaknya dimaklumkan berlaku kemalangan, namun setibanya Unit Kereta Peronda (MPV) di tempat kejadian mendapati ia melibatkan kes cubaan bunuh.

“Kita masih lagi sedang menyiasat punca kejadian namun maklumat awal diterima mengatakan suspek menaiki kereta jenis pacuan empat roda (4×4). Kita juga menemukan tujuh kelongsong peluru di tempat kejadian.

“Setakat ini mangsa dan pembantunya dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini