Penyamun stesen minyak tersilap langkah - Utusan Malaysia

Penyamun stesen minyak tersilap langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 23 Okt. – Tindakan seorang lelaki menyamun juruwang sebuah stesen minyak di sini semalam akhirnya menjerat diri sendiri apabila ditahan anggota polis yang kebetulan mengisi minyak di stesen tersebut.

Dalan kejadiaan kira-kira pukul 4.20 petang itu, suspek berusia 48 tahun dicekup selepas menyamun wang tunai sebanyak RM600 daripada pekerja wanita berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian samun itu, suspek meletakkan pisau sepanjang 18 sentimeter pada leher mangsa dan mengarahkannya supaya menyerahkan wang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM600 kerana takut dicederakan sebelum suspek cuba melarikan diri selepas ternampak kehadiran polis yang sedang mengisi minyak di situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek kemudian berjaya ditahan oleh anggota Balai Polis Kuah berkenaan selepas dikejar sejauh 200 meter dari tempat kejadian.

“Kita turut merampas sebilah pisau dan wang tunai berjumlah RM600 dalam tangkapan itu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini