Jejaki Jho Low: Hisham dinasihatkan bertemu Daim - Utusan Malaysia

Jejaki Jho Low: Hisham dinasihatkan bertemu Daim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Okt. – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dinasihatkan untuk bertemu dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berikutan kesediaan bekas Menteri Pertahanan itu untuk membantu menjejaki ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini memandangkan Daim telah ditugaskan untuk mendapatkan semula semua wang dan aset milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sebagai bekas menteri Kabinet, kalau Hishammuddin mempunyai apa-apa maklumat yang boleh membantu siasatan, saya rasa beliau juga tahu siapa lagi pihak yang harus ditemui sama ada pihak polis dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak mahu kata lebih daripada itulah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perdana ‘Dunia Melayu dan Islam: Cabaran dan Masa Hadapan’ Bersama Tokoh Maal Hijrah 2018, Profesor Datuk Dr. Siddiq Fadzil di Wisma Putra hari ini.

Saifuddin mengulas kesediaan Hishammuddin sebelum ini untuk membantu mencari Jho Low bagi menyelesaikan isu berkaitan 1MDB.

Jelas Ahli Parlimen Sembrong itu, beliau akan menggunakan hubungannya sebelum ini dengan pemimpin-pemimpin China untuk mencari Jho Low sekali gus membawanya pulang bagi berdepan muka pengadilan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini