Anggota URB maut - Utusan Malaysia

Anggota URB maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA Nerus 23 Okt. – Seorang anggota polis berpangkat konstabel daripada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) maut dalam kemalangan di hadapan Loji Percetakan Utusan, di Gong Badak dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Mohamad Amir Firdaus Ramlee, 24, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan dikatakan dalam perjalanan balik ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Gong Badak selepas selesai membuat rondaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori tiba-tiba membuat pusingan U di satu simpang yang tidak dibenarkan dan mangsa yang tidak sempat menghentikan motosikal merempuh belakang lori tersebut.

Sementara itu, pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini