GMS 2018 platform usahawan tingkat daya saing - Utusan Malaysia

GMS 2018 platform usahawan tingkat daya saing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 23 Okt. – Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) akan menganjurkan sidang Kemuncak Pemasaran Global (GMS) 2018 pada 8 November depan dengan menampilkan penceramah bertaraf dunia yang telah berjaya membina jenama di peringkat antarabangsa.

Antara penceramah yang terlibat dengan GMS 2018 adalah Penasihat Jualan kepada Microsoft dan Airbus, Robert Craven; bekas Pengarah Urusan Coca-Cola dan Cadbury, Vinita Bali; Pelakon dan Pemilik TGI Fridays Indonesia, Ashraf Sinclair serta Pengasas Hijab Naelofar, Neelofa Mohd. Noor.

Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd. Firdaus Azharuddin berkata, GMS 2018 mengangkat tema ‘Menjana jualan’ memberi tumpuan kepada perubahan pemikiran para peserta bagi memastikan mereka kekal berdaya saing dalam persekitaran semasa yang mencabar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara objektif utama persidangan ini ialah mengenal pasti pelbagai kesilapan yang sering dilakukan oleh perniagaan, menyemak dan menambah baik penyelesaian perniagaan serta pemasaran. Para usahawan perlu didedahkan dengan pengetahuan supaya keupayaan mereka untuk menjual, memasarkan dan penjenamaan produk dapat dipertingkat.

“Banyak usahawan telah mendapat manfaat daripada penganjuran kali pertama pada tahun lalu. Justeru itu, sidang GMS 2018 akan menjadi platform untuk bertemu dan belajar daripada penceramah yang telah berjaya dan berpengaruh,” katanya dalam majlis pra-pelancaran GMS 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini