Turki tidak mahu jejas hubungan dengan Arab Saudi - Utusan Malaysia

Turki tidak mahu jejas hubungan dengan Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA 22 Okt. – Turki berikrar tidak akan menyembunyikan sebarang bukti dalam kes pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi selain menegaskan tidak mahu hubungan dengan Riyadh tergugat.

Jurucakap pejabat Presiden, Ibrahim Kalin berkata, sejak bermulanya kes itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah menjelaskan tidak akan merahsiakan sebarang bukti dalam kes tersebut.

“Arab Saudi pada kami adalah negara penting, negara sahabat dan bersaudara. Kami mempunyai banyak perkongsian dan tidak mahu ia dirosakkan. Namun Arab Saudi mempunyai tanggungjawab besar untuk menjelaskan kes ini,’’ katanya. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini