‘Tajikistan biasa-biasa sahaja’ - Utusan Malaysia

‘Tajikistan biasa-biasa sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD skuad bawah 19 tahun (B-19) negara memiliki keyakinan tinggi menjelang aksi kedua Kumpulan D menentang Tajikistan pada Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi malam ini.

Jurulatih skuad B-19 Malaysia, Bojan Hodak menegaskan, beliau berpendapat barisan pemainnya mampu memberikan saingan hebat kepada Tajikistan untuk mengutip mata pertama negara selepas tewas kepada Arab Saudi pada perlawanan pembukaan Sabtu lalu.

“Kali ini mereka tidak perlu berasa takut dan pemain harus bermain lebih baik meskipun Tajikistan tidak memberikan sedikit peluang kepada China pada aksi pertama mereka sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka bermain sangat agresif terutamanya pada bahagian tengah, namun ia adalah satu perkara biasa bagi saya.

“Kami sudah melihat video bagaimana cara mereka bermain dan melancarkan serangan. Saya melihat ia sekadar tahap Asia sahaja dan tidak menjadi masalah kepada pasukan untuk berdepan mereka kali ini.

“Meskipun mereka dilihat lebih pantas tetapi inilah masanya untuk kami mening­katkan lagi prestasi apabila beraksi pada kejohanan ini untuk berada pada tahap lebih baik,” katanya.

Pada masa sama, Bojan juga merasakan pemainnya sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan selepas tewas 1-2 kepada Arab Saudi.

“Selepas aksi pertama, saya melihat pemain cuba melakukan yang terbaik meskipun secara teknikal mereka masih berdepan kesukaran kerana belum bersedia sepenuhnya.

“Namun, selepas melakukan perhitungan dengan Arab Saudi, kini saya merasakan pemain mula sedar di mana tahap sebenar mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini