SR Islam Kiblah johan
tilawah, hafazan al-Quran - Utusan Malaysia

SR Islam Kiblah johan
tilawah, hafazan al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 22 Okt. – Seramai enam murid Sekolah Rendah (SR) Islam Kiblah memenangi dua kategori dalam Pertandi­ngan Tilawah, Hafazan dan Azan peringkat Parlimen Kota Bharu di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, baru-baru ini.

Tiga murid berkenaan, Ahmad Farish Hakimi Azman 11, muncul johan tilawah al-Quran kategori lelaki manakala Muhammad Zarif Muhammad Zulkifli, 12, dan Muhammad Luqmanul Hakim Azrar, 11, terpilih pertama dan kedua hafazan (lelaki).

Dalam pada itu bagi ka­tegori perempuan, tiga murid sekolah tersebut iaitu Wudda Salihin, 11, dan Muna’iffah Mohd. Kamal 12, diumumkan sebagai johan dan naib johan hafazan manakala Ajda Ariffin, 12, mendapat tempat ketiga tilawah al-Quran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiga johan pertandingan itu akan mewakili Parlimen Kota Bharu ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Hampir 100 murid lelaki dan perempuan dari sekolah-sekolah rendah sekitar Parlimen Kota Bharu menyertai pertan­dingan anjuran Halaqat Kota Bharu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Lembaga Pengelola SR Islam Kiblah, Suhaina Abdullah berkata, kejayaan yang dicapai oleh murid sekolah dalam pertandingan itu amat membanggakan.

Katanya, murid yang keba­nyakannya berusia bawah 12 tahun itu mampu menunjukkan kemahiran membaca al-Quran dan juga hafazan.

“Kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah dicapai bagaima­napun modul pembelajaran se­imbang yang diterapkan oleh pihak sekolah membantu memperoleh keputusan yang amat baik ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini