Bimbang risiko keselamatan - Utusan Malaysia

Bimbang risiko keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG 22 Okt. – PENDUDUK di Taman Ta­ming Emas, Taman Bidara dan Taman Berjaya Baru dekat sini merayu agar pemaju projek pemasangan paip pembetu­ngan Langat 2 bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah retak di dinding, tiang dan lantai rumah mereka.

Mereka mendakwa, pe­maju hanya melaksanakan kerja-kerja tampalan secara sambil lewa agar sekali gus menimbulkan kebimbangan.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapat dakwaan penduduk berasas apabila kesan keretakan boleh dilihat di sana sini terutama di din­ding dan lantai rumah penduduk terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, masalah itu berlarutan sejak setahun yang lalu namun tiada sebarang tindakan diambil pihak pemaju bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Turut dibangkitkan penduduk, mengenai tahap ke­selamatan dan kebersihan di tapak pembinaan.

Mereka mendakwa kegagalan pihak pemaju melakukan kerja-kerja selenggara menyebabkan terdapat takungan air sehingga mengundang pembiakan nya­muk aedes di kawasan itu.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Norzulaila Abd. Gha­ni ketika turun padang ke kawasan itu memberitahu, projek yang dijalankan sejak empat tahun lalu itu melibatkan pemasangan paip pembetungan di bahagian bawah tanah sepanjang dua kilometer dan sebahagiannya turut melalui kawasan rumah penduduk sedalam 18 meter.

“Pihak kami sedia maklum berhubung aduan penduduk di kawasan berkenaan dan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik untuk keselamatan dan keselesaan mereka.

“MPKj akan mengadakan perbincangan sekali lagi dengan pihak pemaju pada minggu depan dan berharap isu ini di­selesaikan dengan cari baik dan memberi keadilan kepada ke­dua-dua pihak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini