55 maut remaja Islam, Kristian bergaduh di Nigeria - Utusan Malaysia

55 maut remaja Islam, Kristian bergaduh di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA 22 Okt. – Pihak berkuasa Nigeria mengisytiharkan tempoh berkurung selama 24 jam di Kaduna semalam berikutan berlakunya pertempuran antara golongan remaja Kristian dan Islam sehingga mengakibatkan 55 orang maut.

Gabenor Nasir El-Rufai memuat naik kenyataan di Facebook menerusi jurucakapnya yang menyatakan: “Kerajaan negeri telah mengisytiharkan tempoh berkurung di Kaduna dan kawasan sekitarnya bagi mengawal keadaan itu.

“Gabenor memohon kepada semua penduduk supaya mela­kukan segala yang termampu bagi mengekalkan keamanan,” kata kenyataan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaduna terjerumus dalam keganasan minggu ini selepas tercetusnya pergaduhan antara golongan remaja Muslim Hausa dan Kristian Adara di sebuah pasar di bandar Kasuwan Magani berikutan pertikaian dalam kalangan pembawa kereta sorong.

Seramai dua orang dilaporkan maut dalam perbalahan awal di pasar berkenaan pada Khamis lalu.

Perbalahan itu kemudiannya berlanjutan selepas remaja Adara menyerang penduduk Hausa dengan membakar rumah dan membunuh berpuluh-puluh orang.

“Kebanyakan pembunuhan di­lakukan dalam serangan ke­dua,” kata penduduk Kasuwar Magani yang kehilangan rumahnya iaitu Muhammadu Bala kepada AFP.

Pesuruhjaya polis negeri Kaduna, Ahmad Abdur-Rahman pada Jumaat lalu memberitahu, 22 orang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit. –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini