2 lagi mangsa tanah runtuh ditemui - Utusan Malaysia

2 lagi mangsa tanah runtuh ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Dua lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong, Jalan Bukit Kukus, Relau di sini ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjadikan jumlah mangsa yang ditemui setakat petang semalam meningkat kepada sembilan orang.

Operasi yang memasuki hari keempat itu kini memberi tum­puan untuk mencari seorang lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang.

Dalam operasi semalam, mayat pertama iaitu lelaki warga Indonesia dikenali Subaeri, 34, dijumpai pada pukul 12.11 tengah hari pada kedalaman satu sete­ngah meter dari permukaan ta­nah berhampiran rumah kongsi yang ditimpa runtuhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa kedua pula ialah lelaki Bangladesh, Mohamad Uzal, 33, yang mayatnya ditemui pada pukul 5 petang di bawah kontena yang tertanam sedalam lima meter dari permukaan tanah.

Keadaan kontena dilaporkan hancur akibat ditindih tanah dan batu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini