Sultan Kedah ke-29 selamat ditabal - Utusan Malaysia

Sultan Kedah ke-29 selamat ditabal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah selamat ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-29 pada Istiadat Per­tabalan yang berlangsung di Balairung Seri Istana Anak Bukit di sini semalam.

Sebaik ditabalkan dalam istiadat yang penuh tradisi itu, ba­ginda kini bergelar Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Istiadat bermula sejurus keberangkatan masuk Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff ke Balairung Seri pada pukul 11 pagi yang didahului oleh Ketua Istiadat, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbuddin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seiring dengan keberangkatan masuk Sultan dan Sultanah, bacaan selawat dilafazkan disusuli paluan nobat sebelum ba­ginda berdua bersemayam di atas singgahsana.

Ketua Istiadat kemudian meng­hadap baginda untuk memohon memulakan istiadat pertabalan disusuli acara membawa masuk peralatan pertabalan seperti al-Quran, watikah Tuanku Sultan, surat perisytiharan, surat sum­pah diraja dan keris kerajaan iaitu Keris Perkasa Alam.

Istiadat diikuti dengan lafaz watikah perisytiharan Sultan Kedah oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Istiadat disusuli dengan Sultan Sallehuddin melafazkan sumpah diraja dengan seluruh hadirin diminta berdiri disusuli dengan upacara mempersembahkan Keris Perkasa Alam kepada Sultan Kedah.

Sultan Sallehuddin kemudiannya mengambil keris berkenaan lalu mengucupnya.

Ketua Istiadat selepas itu mengumumkan Sultan Sallehuddin telah ditabal sebagai Sultan Kedah yang ke-29 dengan gelaran Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin disusuli laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali diikuti oleh para hadirin yang hadir.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini