KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima sebanyak 21,374 laporan kes penipuan siber di negara ini pada tahun ini yang membabitkan kerugian mencecah RM4.2 bilion.
Pengarah (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, kerugian tersebut dijangka terus meningkat dalam tempoh beberapa tahun lagi sekiranya orang ramai mudah terpedaya dengan janji-janji manis atau tipu helah ahli sindiket berkenaan.
Menurut beliau, pada tahun lalu sahaja sebanyak 30,364 kes melibatkan pelbagai kes jenayah siber dibuka oleh JSJK di seluruh negara.
“Daripada jumlah kes yang diterima pada tempoh tersebut, sebanyak 56 peratus kerugian membabitkan penipuan menawarkan pinjaman tidak wujud, Macau Scam, love scam dan pembelian atas talian.
“Kerugian akibat tawaran pinjaman tidak wujud merupakan jenayah siber yang paling tinggi dengan anggaran 30 kes dilaporkan pada setiap hari di seluruh negara,” kata beliau pada sidang akhbar akhbar Op Seagull di Menara 238, Jalan Tun Razak di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











