GEORGE TOWN – Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya menemui mayat mangsa kesembilan kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong, Jalan Bukit Kukus, Relau di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.
Mayat mangsa warga Bangladesh yang dikenali dengan nama Mohamad Uzal, 33, ditemui di bawah kontena ke-13 iaitu pada jarak lima meter dari permukaan tanah.
Timbalan Pengarah Bomba negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mayat mangsa kesembilan dijumpai dalam keadaan sempurna di bawah struktur kontena terakhir yang dilaporkan.
“Usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu Md. Rahat sedang giat dijalankan di sektor tiga. Operasi akan diteruskan sehingga selesai,” katanya di lokasi kejadian di sini tadi.
Jumlah mangsa maut tujuh orang (sembilan lelaki dan seorang wanita).
Butir-butir si mati:-
1. Attrul, 35 (Indonesia)
2. Samsul, 19 (Indonesia)
3. Khin Aye Khaing, 33 (Myanmar)
4. Bahtiar, 36 (Indonesia)
5. Mithu Hossain, 30 (Bangladesh)
6. Mostak Hossain, 25 (Bangladesh)
7. Md. Abdul Jalil, 34 (Bangladesh)
8. Subaeri, 34 (Indonesia)
9. Mohamad Ujal, 33 (Bangladesh)
Jumlah mangsa cedera
1. Shamin, 24 (Bangladesh) – patah kaki
2. Wakrini, 36 (Indonesia) – hamil
3. Norazizah, 24, (Indonesia) – bengkak kaki
4. Laduma, 46, (Indonesia) – retak pergelangan tangan kiri, cedera dahi
Jumlah mangsa masih hilang
1. Md. Rahat (Bangladesh)
(Maklumat yang hilang diterima daripada keluarga dan rakan mangsa) – K! ONLINE











