Lawatan tidak menggunakan peruntukan kementerian - Utusan Malaysia

Lawatan tidak menggunakan peruntukan kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Okt. – Lawatan Penasihat Khas Menteri Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan bersama delegasi ke London, United Kingdom (UK) sebelum ini tidak menggunakan sebarang peruntukan kementerian, tegas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Reaksi ringkas itu diberikan berikutan kenyataan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang meminta Maszlee memberi penjelasan berhubung tindakan Penasihat Khasnya itu bertindak di luar bidang kuasa dengan membawa rombongan rasmi ke luar negara.

Sebaliknya, Maszlee memulangkan paku buah keras kepada Mahdzir dengan meminta bekas Menteri Pendidikan itu memberi penjelasan berhubung penglibatannya dalam kes rundingan terus melibatkan Jepak Holdings Sdn. Bhd. (Jepak).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai rakyat Malaysia inginkan penjelasan bagaimana beliau boleh terlibat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memberikan rundingan terus kepada Jepak di Sarawak atas projek solar diesel yang sehingga kini masih menjadi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jadi, Mahdzir sila jawab persoalan itu dahulu,” soalnya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program ‘Meet and Greet’ Pelajar Antarabangsa Bersama YB Menteri Pendidikan di sini hari ini yang dihadiri oleh kira-kira 100 pelajar antarabangsa dari 30 negara.

Mahdzir hari ini memberitahu, tindakan oleh Penasihat Khasnya terbabit dikhuatiri mampu menjejaskan hubungan antara dua negara apabila Malaysia hanya menghantar seorang yang bertaraf penasihat untuk bertemu menteri atau pegawai tertinggi kementerian luar negara berkenaan. 

Katanya keadaan itu juga seolah-olah mengambil alih tugas sedangkan ia adalah tugas menteri dan timbalan menteri. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini