Muar menang Anugerah Daerah Terbaik 2018 - Utusan Malaysia

Muar menang Anugerah Daerah Terbaik 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Oktober – Muar memenangi Anugerah Daerah Terbaik 2018 sempena Festival Tari Rakyat Johor 2018 di Yayasan Warisan Johor (YWJ) di sini malam tadi.

Pertandingan Zapin Kategori Sekolah Rendah dan Pertandingan Zapin Kategori Sekolah Menengah pula masing-masing dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Belitong, Kluang serta Sekolah Kebangsaan (SK) Muzaffar Shah, Kota Tinggi.

Sementara Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Melayu pula dimenangi Kumpulan Sanggar Budaya Seri Pengkalan Segamat, Pertandingan Tarian Cina dimenani Kumpulan Warriors Johor Bahru manakala Pertandingan Tarian India pula dimenangi Sekolah Tinggi Foon Yew, Kulai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebanyak 10 kategori dipertandingkan melibatkan 25 buah kumpulan bermula dari Jumaat lalul dan berakhir malam tadi, hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar dan Pengarah YWJ, Mohd. Shahrin Rahmat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini