Kes saman fitnah Anwar, TV3, Utusan selesai - Utusan Malaysia

Kes saman fitnah Anwar, TV3, Utusan selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini merekodkan penghakiman penyelesaian kes saman fitnah antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Syarikat Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) dan Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) berhubung dakwaan yang mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara, lima tahun lalu.

Permohonan maaf bagi pihak TV3 akan disiarkan di slot Buletin Utama malam ini manakala UMMB perlu menerbitkan kenyataan maaf itu sebelum atau pada 2 November ini.

Pada 28 September lalu, mahkamah sama merekodkan penyelesaian di antara Anwar dan bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail yang merupakan defendan pertama dalam kes saman itu selepas Mazlan membaca permohonan maafnya secara terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ppeguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Ahli Parlimen Port Dickson itu turut memaklumkan, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin mengarahkan kesemua defendan membayar kos berjumlah RM130,000.

Pada 15 Oktober 2015, Anwar, 71, memfailkan saman itu dengan menamakan Mazlan yang juga bekas Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), TV3 dan UMMB selepas mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut.

Dakwaan tersebut hanya diketahui Anwar selepas berita mengenainya disiarkan menerusi Buletin Utama pada 2 Ogos 2013 dan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini