Tanah runtuh: Punca air ditutup, MBPP mahu penjelasan konsultan - Utusan Malaysia

Tanah runtuh: Punca air ditutup, MBPP mahu penjelasan konsultan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Okt. – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mahu pihak konsultan yang terlibat dalam projek pembinaan jalan di Bukit Kukus, Relau di sini , memberikan penjelasan mengapa salah satu punca air di kawasan itu ditutup dan tidak dialihkan seperti yang sepatutnya ketika kejadian.

YEW TUNG SEANG
YEW TUNG SEANG 

Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang yang mengesan perkara itu ketika meninjau lokasi kejadian pada hari kedua berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menjadi faktor yang menjurus kepada berlakunya bencana berkenaan.

Pada masa sama, beliau mahu pihak terbabit memberikan surat tunjuk sebab mengapa perkara seperti itu tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Azhari Ahmad juga bersetuju dengan saya dalam hal ini ketika perkara ini dibincangkan.

“Mengapa ini boleh berlaku sedangkan projek ini bukanlah rumit atau terlalu berteknologi tinggi?

“Dalam hal ini, semua pihak yang berkenaan sepatutnya melaksanakan kewajipan mengikut prosedur operasi standard (SOP) masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Tung Seang, ketika ini, pihaknya masih menunggu laporan penuh siasatan berhubung tragedi itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini