Sasar proses hantar pulang Rohingya awal 2019 - Utusan Malaysia

Sasar proses hantar pulang Rohingya awal 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 22 Okt. – ASEAN menyasarkan proses penghantaran pulang kira-kira sejuta etnik Islam Rohingya di Bangladesh ke Myanmar secara selamat yang tergendala sebelum ini dapat dimulakan awal tahun depan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pasukan khas menteri-menteri Luar ASEAN yang diketuai Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan akan berada di Myanmar hujung bulan ini bagi membincangkan dengan terperinci kaedah paling cepat dan selamat untuk membawa mereka pulang.

Katanya, bantuan untuk menghantar pulang etnik Rohingya ke Myanmar dilihat tindakan penting dan perlu dilakukan dengan lebih cepat.

“Sasaran kita awal tahun depan, memanglah jumlah satu juta pelarian hendak bawa balik segera itu mustahil tetapi awal tahun depan iaitu selepas musim banjir diharap boleh dilaksanakan.

“Awal tahun depan proses mesti bermula, selaju mana akan berlaku nombor dua. Selagi tidak mula bantu mereka pulang selagi itu masalah ini tidak akan selesai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemerkasaan Profesinalisme Guru-guru Bahasa Melayu Daerah Kuantan di Perbadanan Perpustakaan Awam negeri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×