Rumah berharga RM250,000 bagi golongan M40 di Johor - Utusan Malaysia

Rumah berharga RM250,000 bagi golongan M40 di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Okt. – Kerajaan negeri akan memperkenalkan kategori baharu rumah mampu milik berharga RM250,000 bagi golongan pertengahan (M40) dengan pendapatan antara RM8,000 hingga RM12,000 yang dijangka dibina menjelang penghujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, kediaman itu dijangka melibatkan tujuh peratus daripada keseluruhan 100,000 unit baharu yang akan dibina oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri menjelang tahun 2023.

“Kita mewujudkan kategori baharu ini kerana menyedari golongan berkenaan berhadapan masalah untuk memiliki rumah sendiri kerana tidak layak memohon rumah mampu milik berharga RM150,000 dan ke bawah selain tidak mampu membeli rumah dalam pasaran terbuka yang harganya lebih tinggi,” katanya selepas merasmikan Pasaran Seminar Hartanah di Johor: Peluang dan Cabaran, di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, pemaju projek pembangunan bercampur Forest City, Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV) bersetuju membina rumah mampu milik dalam tempoh tiga tahun akan datang, namun tidak memutuskan lagi lokasi dan harganya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini