Arab Saudi 'tidak tahu' di mana mayat Khashoggi - Utusan Malaysia

Arab Saudi ‘tidak tahu’ di mana mayat Khashoggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 22 Okt. – Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir semalam mendakwa negara itu tidak mengetahui di mana mayat wartawan, Jamal Khashoggi berada walaupun mengaku lelaki itu dibunuh dan menyifatkan ia sebagai satu ‘kesilapan besar’.

Jamal Khashoggi

Bercakap semasa satu temubual dengan Fox News, Adel berkata, kepimpinan Arab Saudi pada awalnya percaya Khashoggi telah meninggalkan konsulat negara itu di Istanbul, kali terakhir dia dilihat pada 2 Oktober lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, berdasarkan laporan yang kami terima dari Turki, kami mula melakukan siasatan yang mendapati wartawan itu dibunuh di dalam kedutaan.

“Kami tidak tahu secara terperinci bagaimana, kami tidak tahu di mana mayat itu berada,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini