KAJANG – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyasarkan pembinaan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Timbalan Menterinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, sasaran tersebut boleh dicapai sekiranya pemaju menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) digital.
IBS merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen–komponen prasiap yang disediakan di kilang berdasarkan pesanan oleh pihak kontraktor.
“Saya menyeru syarikat pemaju swasta untuk terus menyumbang supaya sasaran ini dapat direalisasikan.
“Ia dapat dilaksanakan sekiranya mereka menggunakan sistem IBS digital yang mampu mempercepatkan pembinaan 12 bulan berbanding cara konvensional,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rumah Selangorku (RSKU) Pangsapuri Gapura Bayu di Jade Hills di sini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











