Bos Gaurus ke final Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Bos Gaurus ke final Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 21 Okt. – Skuad Bos Gaurus ternyata lebih ampuh untuk layak ke final Piala Malaysia selepas menjinakkan Skuad Badak dengan kemenangan agregat 7-2.

Di Stadium Likas malam ini, dua jaringan daripada penyerang sensasi, Gilmar Jose Da Silva cukup untuk menamatkan sisa-sisa perjuangan Sabah yang berazam untuk mencipta keajaiban di tempat sendiri.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu, Perak berjaya membelasah Sabah 5-0.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sabah yang lebih banyak bertahan sepanjang 45 minit pertama perlawanan bagaimanapun terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Sabri Sahar pada minit ke 35 selepas menampan sepakan sudut leret oleh Elias Sulaiman dari kiri gawang Perak.

Pada minit ke 73, Da Silva berjaya menyamakan kedudukan untuk pasukannya melalui sepakan penalti selepas penjaga gol Sabah, Rozaimi Rohim menjatuhkan pemain sayap, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri.

Lapan minit berselang, Da Silva menambah gol kedua peribadinya apabila mudah menyumbat masuk bola hasil serangan pantas yang menyebabkan penyokong di Stadium Likas sunyi sepi.

Tersentak dengan jaringan itu, Sabah merancakkan serangan untuk mengelak kekalahan yang akhirnya membuahkan hasil apabila kapten pasukan, Rawilson Batuil menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke 90. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini