Klopp tahu formula raih kemenangan - Utusan Malaysia

Klopp tahu formula raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUDDERSFIELD 21 Okt. – Pe­ngurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu bahawa dia sudah tahu cara terbaik untuk meraih kemenangan dalam perlawanan bertaraf sederhana buat kali pertama sepanjang dia berada di Anfield selepas berjaya menewaskan Huddersfield dengan keputusan 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Keputusan itu memboleh­kan Liverpool menamatkan aksi minggu ini pada kedudukan kedua liga dan berkongsi 23 mata dengan pendahulu Manchester City.

Kata Klopp, dia tetap gembira dengan prestasi dipamerkan oleh pasukannya biarpun meraih kemenangan tipis kerana paling penting apabila sudah memperoleh formula bagi mendapatkan kemenangan dalam perlawanan sederhana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya ada banyak cara berbeza untuk memenangi perlawanan sebegini dan ini adalah kali pertama saya memenangi perlawanan sederhana, saya fikir belum pernah merasainya selepas sembilan perlawanan.

“Bagi saya apa yang kami capai setakat ini adalah luar biasa terutama apabila meraih 23 mata.

“Kini kami sudah ada satu cara terbaik untuk meraih gela­ran dan ia adalah dengan memenangi perlawanan,” kata Klopp.

Dalam perlawanan tersebut Liverpool dilihat bergelut untuk menambah jaringan menentang pasukan tangga ke-19 liga itu selepas gol awal daripada Mohamed Salah pada minit ke-24 yang memanfaatkan hantaran daripada Xherdan Shaqiri.

Kini Liverpool hanya dibezakan dengan kelebihan dua mata daripada pasukan tangga ketiga Chelsea yang turut berkongsi 21 mata dengan Tottenham Hotspur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini