Aktiviti pupuk cinta kepada masjid - Utusan Malaysia

Aktiviti pupuk cinta kepada masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 21 Okt. – Masjid Mukim Kuala Kandis dekat sini me­ngadakan beberapa acara menarik secara berterusan terma­suk pertandingan memasak bu­bur asyura dan pertandingan azan bagi memupuk cintakan pusat ibadah itu.

Imam Tua masjid itu, Nor­azman Che Hassan berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penglibatan aktif ahli khariah dan penduduk setempat untuk mengadakan pelbagai program sosial dan melibatkan semua peringkat dalam masyarakat.

Menurutnya, program terbaharu yang berjaya dilangsungkan ialah pencarian bakat bilal muda menerusi pertandingan azan yang disertai 13 kanak- kanak berusia 14 tahun ke bawah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penganjuran itu adalah sebahagian strategi mengimarahkan masjid dengan memberi fokus semua peringkat usia tampil beraktiviti.

“Suasana masjid kelihatan meriah dengan kehadiran penduduk termasuk golongan dewasa yang menjayakan Pertan­dingan Bubur Asyura Lazat,” katanya ketika ditemui dalam program pertandingan azan dan bubur asyura dekat sini baru-baru ini.

Norazman berkata, wakil dari tujuh buah kampung ma­sing-masing memasak sekawah bubur asyura dalam pertandingan tersebut.

“Saya bersama dua Imam Muda, Rozmi Mustapa dan Mohd Shukri Samsudin bergandingan dalam mencungkil bakat bilal muda yang kita akan jadikan sebagai aktiviti tahunan untuk mencari seberapa ramai pelapis bilal di mukim ini,” katanya.

Pelajar Madrasah Ribat Al Fatah, Beris Lalang, Muhammad Shahidan Ramli, 14, dipilih sebagai johan bilal muda, manakala pertandingan asyura lazat dimenangi penduduk Kampung Kandis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini